nah..ziarah2...kc tinggal lar website kat cne...

Followers

Trip..

Sweet Couple Slideshow: Fydah’s trip from Kampung Baginda (near Kota Klias, Sabah, Malaysia) to 2 cities Kedah and Tambunan (near Ranau) was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Thursday

Relex???Redha??


Kata-kata seorang kakak membuatkan saya menulis entri kali ini. Saya bersetuju dengan ucapannya itu. Maksudnya, relex itu perlukan kekuatan. Relex itu adalah cubaan melawan kata hati yang biasanya berguru dengan nafsu. Relex itu juga biasanya menjadi satu perkara terakhir yang kita pilih selepas berusaha mendapatkan sesuatu yang kita mahukan.

Bukankah kita sepatutnya redha dalam apa keadaan jua? Apakah sifat yang membantu mencapai relex yang dikehendakiNYA? SABAR. Sabar adalah satu perkataan yang sangat selalu kita dengar. Tapi apakah kita betul-betul menghayati?
Saya pun masih lagi dalam pencarian merelexkan apa yang ditentukan dalam hidup saya.  Mahupun suka atau duka akhirnya. Saya juga sedang berusaha membaikpulih sifat sabar yang tenggelam timbul dalam diri. Saya masih lagi mudah marah tentang perkara-perkara kecil di rumah, dan cara marah saya kadang-kadang tidak masuk akal, tak padan dengan kesilapan yang berlaku. Memang kita patut marah untuk membetulkan keadaan yang salah, tetapi bagaimana cara kita marah? Selepas melepaskan marah ataupun tidak, masihkah lagi tersimpan dalam hati kata-kata sungutan, rungutan, kononnya kita ini betul, dan mereka itu salah? Kalau masih ada, kita belum redha,relex dan belum betul-betul sabar.
Namun jika kita hayati firman Allah SWT di bawah ini :
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
” Allah redha kepada mereka dan mereka redha kepadanya, yang demikian itu bagi orang yang takut kepada Tuhannya “. ( Al-Bayyinah : Ayat 8 )
Bagi saya kesimpulannya adalah, kita perlu memupuk jiwa kita menjadi orang yang benar-benar takut kepada ALLAH. Menjadi orang yang bertaqwa. Mintalah dengan ALLAH supaya membawa kita ke jalan yang DIA redhai. Berdoalah, contohnya :
YA ALLAH YANG MAHA MENDENGAR DAN MAHA MENGETAHUI SERTA MAHA MENGASIHI,kurniakanlah hambamu ini solat yang khusyu’, berikanlah hambamu ini rasa syukur yang tiada berpenghujung, kurniakan juga hambamu ini keimanan yang tinggi, dan jadikanlah hambamu ini dikalangan orang-orang yang redha dan bertaqwa,Amin.
Dan yang paling penting pula dalam berdoa, kita mesti YAKIN. Jangan ragu-ragu. Makbul atau tidak doa kita, itu urusanNYA. Tugas kita adalah berdoa dan berusaha. Insya Allah…….

No comments:

Shout Here..

Daisypath Anniversary My Blog

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers