nah..ziarah2...kc tinggal lar website kat cne...

Followers

Trip..

Sweet Couple Slideshow: Fydah’s trip from Kampung Baginda (near Kota Klias, Sabah, Malaysia) to 2 cities Kedah and Tambunan (near Ranau) was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Monday

Jom Join FaceBlog

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTi FACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH
KLIK SINI IF NAK JOIN

Wednesday

Hurey.....Gembiranya....Vs sedih....

Belek punya belek....Smpai lar satu perhentian...
i Read..or u read..no 1 know im happy...
Lar...Apa yag sy merepek ni...

apa sbnrnya yang berlaku...???Saya happy..
napa happy yah??Coz i know dy wat sy...
Who??Of coz my dear Arafa..
Ececeh....Dear i love u...jgn ah ckp yg sy tak caya dear...
Cm nak nges jew dgr crta ckp cm tuh..
Watever lar pa org len nak kata...I love u n owes need u arafa...

Hari ni, semalam, kelmarin,n besok..
hari2 sy sangat d hiasi nagn bunga2 cinta...weeekkkkk....
countDown...Cool down....hahah..Tak lma g bleh ah jmpa...

oppz..Why En3 tjuk ni ada vs sEdih..
ni citer time kelas tadi..
tak sangka kwn2 sy begitu kejam,...
Actually tak ah jua kesah nak tkr2 Lecture ni...
Tp jangan ah pai nak sakitkan hati Lecture..Sampai nya hati korang..
kwn yg slam ni sy respect tul tak sngka cm tuh gaya dy...
Nak tgk muka ko pn dah cm tak sngup je...Lecture yg kmu g tkr tuh mang tak best sgt..

why??Napa kmu wat g2??Salah ka jua if  Lecture bg keja??dah mang tuh tgs drg...iskk...
Rasa geram..n arap ada gak masa nya sy mau tnya sndri napa dgr wat g2??
apa kO perasan coz Lecture ni Sering kali puji2 ko..
or mybe ko rasa dy suka ko..or mybe ko dah jth cinta ma dy..hu..apa la sy ni..hahah..
Dun wan mention ur name here...Tp if u read this..P ah minta maaf ma Lecture Yang ko dah skit kan hati tuh..
coz if dy doakan ko spya xda berkat tuk trma ilmu..HU..nescaya..Suma tuh tak mustahil akan tjadi...

apa yg truknya ngan Lecture tuh?? we all suma dalam kelas dah muak mau tgk ko...
Selfish!!!!Egois!!! N msti ko tak akan thn if suma org cuak ngan ko..huhu...
Watever lar...Ko dah wat org sakit hati ngan perangai ko...

panjang lebar nya...Fulstop....

p/s..Dear..love u....sal yg pahit2 ni xda kna mgna ngan dear k...miss u Arafa...

Monday

CountDown!!!!

TEXT MESSAGE RECIEVE

Fydah..
Abang balik Sabah maC ni..
From:Arafa


woooo...Tak sabar rasa nya nak jumpa..Dah hampir nak 2 bulan bjauhan...
Seksa rasa nya tau,...tiap ari merindui...Tiap ari asyk nak tpon...tiap ari kena msj..Tu suma sbb sy ngat kat u...Love u...

Contest : Hidup Saya Tak Sempurna Kalau Awk Tak Lengkapinyaa

BLog Walking Pa tuh jumpa Contest ni..n yg pastinya saya nak join...
Tgk tajuk jew rasa cm best...Tgk taJuk jew dah tau dah pasal apa..kan3...
B4 nak wat ayat sal pic saya ngan c dia..saya letakkan dulu syarat2 yg d beri oleh Tuan punya contest..Btl ker ayat ku ini..hahhah....
lantak lar...ok ni Banner nya...

ni pula syarat Tuan blog Bgi...Baca btl2 k...
  • Warganegara Malaysia !
  • Tidak kira apa jantina .
  • Mesti ada blog . No blog ? Awk disingkir !
  • Follow blog ni untuk mndapatkn info2 terkini 
  • Buat 1 entry/post untuk kontest nih . 
  • Dlam entry /post tersebut , FaNa nk , korg letak banner kontest ni (banner ? banner tu , gmba yg kat atas sekali tu .) 
  • Jngan lupa , tagkan blog FaNa ni kat entry tu .
  •  Dlam entry tu , letak jugak gmba korg + org tersayang ! . Korg boley edit pix tu mnjdi 1 okey ! 
  • Ceritakan knangan manis korg bersama org didalam gmbar tersebut . 
  • Selesai buat semua diatas , tag 3 org blogger atau lebih ! 
Trus Jak link kan contest tu kat Blog fana..Bawa n3 tu k..

Saat2 yg d tunggu2...Saya pertaruhkan pic sy wif my Him...huhu...


Abaikan background pic k..

Pic ni d amik masa mula2 knl dulu...Ettss...Uda couple pun...
Agak2 lar time bile yah...hahah...Ni time puasa...
jalan2 before bka puasa...(Fakrul take this pic)
Comel tak...huhu...
Cam biasa..stiap org yg couple ni mst ada kenangan manis n pahit nya kan...
now story sal yg manis jew lar yer..hehehhe...
Sy knl dy pun scra tak sngaja n tak d atur pun...huhu...
yg mengaturnya yg d Atas...
Alhamdulillah...Kita org dah bsama 1tahun 5bulan 2minggu 3hari...
amcm..agak lama gak kan...
Pkra best masa mula2 knl dlu tuh biasa ah...
dy bwa g uma then knl kan wif his family...
Malu gak ah..btw he family nice...Also sporting g2..i like...
Last year time puasa wat kueh raya wif Arafa mom...
mom dy best..Caring also loving...
Tak tau nak ckp cm na..tp mang nice...
Jap..cm lari tajuk cket kan..hahha...Lantak lar...
HIDUP SAYA TAK SEMPURNA KALAU AWAK TAK LENGKAPINYA...
Pnah gak dpt ayat sebijik cm ni dari arafa...
He Call me Baby..wehhh..so Romantic...
 Pahit?Mybe yg bleh d ckp kat cne coz kmi alami cinta jarak jauh..
tpksa menahan rindu...3bilan sekali dapat jmpa..tuh pn bgantung ngan kdaan...pa pn..
cinta kita owng tetap maintain...Love u darling....

Saya tag 3 Org tuk rakan bloger saya...

Sunday

Petanda??

ermmm,dipetik dari BDN..macam menarik je..
Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya.
Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu? Lalu, apakah ada petanda lainnya agar seseorang dapat merasakan bahawa si dia jodoh (soulmate) kita atau bukan?


Petanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat... kerana ada harapan bahawa dia adalah calon
pendamping hidup kamu!


Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, (maaf) kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!


Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu...

Friday

Senyum Tak nampak Gigi...

Baru pas dari hospital..sakit perut..dr kemarin lgi..
Borink2 pas tuh ada gak peluang bukak Blog..buka ah...
tgk kat shoutmix ada pla Tag tuk join segmen...Thankkz nana...


Segmen kali ni lain pula...Senyum tak nampak gigi...hahahah...
Biasa nya bila tak pic jew mesti senyum..even time tuh marah..hahah...
tgk pic ni..



Keadaan bila senyum...

keadaan bila tak senyum...




Amcm Ok tak???heheh...Simple jew...Biasanya bg npk gg yg cntek..ahahah...perasan lar pula...
Btw..nak tag jua ni...Aq tag kat korang ber 5 k...
jom join...

Thursday

Laptop ku lelaki...

Lappy ku lelaki...
Dah lama use lappy ni..Bru skng tau laPpy ku ni lelaki...
hahahah...Akan ku Beri nama Prince..Bleh ka tuh Arafa...
cheeee....
Nak cek amcm?? 
jom ikt langkah ni k...



*Bukak notepad [Start>All Programs>Accessories>Notepad] & paste ayat di bawah,

CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"Hello"


*File>Save As>File Name: love u.vbs>Save As type: All Files

Save kat desktop tau, t senang cari balek.


Close notepad. Pastikan anda dalam suasana yg sunyi sepi. Kalau de kawan yang dok memekak, tampar je kasi dy diam. Pastu double click file yg korang dah save tadi & try dengar pe yang jadi!!

Ase takut gak nak test mula2 ni...

tkt suara2 lain yg kuar..hahahah...

CINTA BUKAN MILIK KITA...

Hubungan percintaan sering diperkatakan setiap masyarakat tidak mengira umur. Baik yang muda dan juga tua sering memperkatakan tentang hubungan ini. Cinta mempunyai banyak maksud dan ia berlainan bagi setiap orang. Kesilapan sering berlaku kerana maksud yang ditafsir berbeza. Seperti dimana kita tidak dapat membezakan antara kesukaan, keinginan, meminati seseorang, keperluan, nafsu dan cinta.

Setiap orang ingin jatuh cinta, mempunyai seorang yang dicintai dan juga dicintai. Tetapi kebanyakan pasangan menyalahgunakan maksud sebenar cinta. Cinta tidak boleh dikawal atau dipaksa. Kita tidak dipaksa untuk bercinta tetapi ia datang secara semulajadi dan kita perlu berusaha untuk mencari cinta yang sesuai. Cinta sebenar/sejati mempunyai ciri-ciri seperti keikhlasan, hormat-menghormati, kasih sayang, mengambil berat, kemesraan dan komitmen.

Gadis ini mempunyai pendapat yang berbeza pada seorang lelaki. Pendapatnya sering ditertawakan oleh rakan-rakan, tetapi bagi dirinya dia benar-benar berpegang pada apa yang difikirkannya.

Dia mula 'chat' di ruangan sembang untuk meluangkan masanya pada waktu malam. Dari situ, dia mula mengenali ramai kawan tetapi kawan-kawannya itu ialah lelaki. Dia berasa mudah untuk berkomunikasi dengan mereka tanpa berjumpa. Tiap-tiap malam dia akan melayari ruangan itu untuk berjumpa dengan kawan-kawan yang tidak pernah ditemuinya. Ini amat mengembirakan dirinya. Setelah beberapa bulan chat di ruangan itu, dia telah mula berkenalan dengan seorang lelaki A dari negeri lain. Dari situ, mereka telah bertukar-tukar nombor telefon. ‘A’ telah mula menelefonnya setiap hari tanpa alasan. Pada waktu malamnya pula, janji temu telah dibuat untuk bertemu di ruangan chat. Setiap malam bertemu dan akan chat hingga lewat pagi. ‘A’ telah menaburkan kata-kata manisnya sehingga menyebabkan dia telah tertarik pada ‘A’ itu. Dia telah mula jatuh cinta pada ‘A’. Dia tidak pernah bertanya pada ‘A’ tentang perasaan ‘A’ padanya. Dengan itu, dia telah membuat keputusan untuk berjumpa dengan ‘A’ selepas dia telah menolak beberapa ajakan ‘A’ untuk berjumpa. Tarikh ditetapkan dan mereka telah berjumpa. Tetapi setelah berjumpa, hal lain pula terjadi. Perhubungan itu tidak kekal lama.


Dalam pada masa itu, gadis ini pula berkenalan dengan 'B'. 'B' pula lain ciri-cirinya dan berasal dari tempat yang sama. ‘B’ suka berterus terang dan amat mengambil berat tentangnya. ‘B’ juga amat menyayangi dan prihatin terhadap gadis itu. Mereka sering berjumpa di ruangan sembang dan chat apabila ada masa terluang. ‘B’ juga sebagai penasihat kepada gadis ini apabila dia menghadapi masalah dan juga memberi jalan penyelesaian pada dirinya. Setelah sebulan berkenalan dan mengenali diri masing-masing, gadis ini telah berjumpa ‘B’. Dari perjumpaan pertama ini, mereka lebih kerap berjumpa. Setiap minggu mereka menghabiskan masa bersama ke sana sini. Berjalan berpegang tangan, makan minum berkongsi sehingga menjadi tarikan orang yang ada berdekatan. Hubungan mereka sebagai sepasang kekasih dipenuhi dengan saat-saat manis dan kegembiraan. Gelak tawa bersama telah membungakan sebuah perhubugan yang diimpikan oleh setiap pasangan.

Setelah 4 bulan bersama, gadis ini bercadang ingin memperkenalkan ‘B’ pada ahli keluarganya tetapi ‘B’ tidak beberapa menyetujui cadangan itu. ‘B’ telah memberi alasan yang pelbagai, sehingga gadis ini berasa bosan, tetapi dia masih memberi cadangan yang sama kepada ‘B’. Sehingga suatu hari ‘B’ bersikap dingin terhadap perhubungan mereka. ‘B’ mulai cepat marah terhadap perkara kecil dan juga apabila gadis ini menanyakan soalan yang sama kepada ‘B’. ‘B’ mula mendiamkan diri, tidak lagi menelefon ataupun berjumpa gadis ini. Apabila gadis ini menelefon ‘B’, telefon berdering tetapi tidak berjawab. Gadis ini mula berasa risau sesuatu yang buruk menimpa ‘B’. Perkara yang sama berlaku berlarutan dari sehari hingga ke berminggu-minggu. Tetapi gadis ini masih lagi menaruh harapan pada ‘B’. Tiba-tiba pada suatu hari, ‘B’ telah menelefonnya dan telah meminta hubungan mereka yang dulunya sebagai sepasang kekasih bertukar sebagai sahabat karib dan saat-saat gembira mereka dulu dilupakan. ‘B’ juga telah memberi alasan yang mereka tidak mungkin dapat bersama atas sebab-sebab tertentu.

Walaupun hubungan mereka sebagai seorang sahabat kini, gadis ini tidak boleh dan tidak akan dapat melupakan saat-saat gembira mereka bersama dan layanan ‘B’ padanya dulu. Dia memaafkan ‘B’ dan menyetujui pada takdir yang tidak dapat menyatukan mereka. Gadis ini berasa sedih tetapi kehidupannya perlu diteruskan dan mereka berdua adalah sahabat karib yang terus berkekal.

Walaupun cinta telah diperolehi namun segala-galanya bukan penentu. Banyak halangan boleh berlaku tanpa diduga dan juga takdir yang ditentukan pada seseorang itu. Dari kisah tersebut, gadis ini masih lagi mempunyai harapan pada lelaki itu untuk kembali agar mereka dapat bersama. Oleh itu, cinta boleh dicari, tapi penentuan untuk bersama bukannya 100% hak individu untuk menentukannya. Kita sebagai manusia haruslah menghargai apa yang ada pada kita dan apa yang telah kita perolehi dalam hidup dan menerima seadanya.


NOTE PRINCESS SUNSHINE: Dear...even kta jauh..i tetap ngat u slalu...love u more...Sayang Arafa...


Wednesday

ASAL DARI SABAH..Bukti Malaysai pn Boleh...

Dengan tidak disangka-sangka, seorang anak kelahiran Sabah yang memiliki darah campuran Cina dan India (Chindian) iaitu Che' Nelle berjaya membuka mata pihak produser di Amerika Syarikat (AS) untuk mengambilnya sebagai penyanyi rakaman di bawah label Capitol Records.

kalau diukur dari segi populariti, Che' Helle ternyatapun masih belum cukup popular serta dikenali ramai termasuklah dari kalangan pendengar muzik di AS sendiri, namun sebagai masyarakat Malaysia saya tetap berasa bangga dengan kejayaan yang dikecapi Che' Nelle.

Setidak-tidaknya kewujudan Che' Nelle sebagai penyanyi di negara yang cukup berpengaruh di mata dunia itu mampu membuka mata ramai terhadap bakat lain yang lebih banyak lagi ada di Malaysia.

OK seperti yang kita semua sedia maklum, Fell In Love With The DJ adalah lagu Che' Nelle yang cukup hit jika dibandingkan dengan lagu-lagu lain yang dimuatkan di dalam album ini.

Saya sendiri enjoy mendengar lagu itu. Bukan saja kerana ia sebuah lagu yang mempunyai melodi yang catchy serta cukup menyenangkan untuk didengar tetapi turut mempunyai banyak campuran elemen muzik lain. Che Nelle The Best..

Ada juga yg myangka Che Nelle ni asal dari jamaica...hahah...Cos lgu2 Che Nelle mpunyai element2 yang kita sendiri pun boleh keliru sebenarnya Dia berasal dari mana..Persoalan nya..melalui Lgu Che Nelle yg bertajuk I Fell in Love with the dj,btl ker kisah Che Nelle tuh??siapakah Deejay nya??aq pn tak tau....

Sedikit Biodata Ttg CHE NELLE:
Born Name : Cheryline Lim
Born : 10 March 1983 (1983-03-10)
Origin : Kota Kinabalu, Malaysia,
Genre(s) : Dancehall, R&B, Reggaeton, Hip-Hop
Occupation(s) : Singer-songwriter
Years active : 2006–present
Label(s) : EMI
Website : www.chenelle-world.com

Tuesday

Men Are Hard To Please(Anonymous Writes)

If u TREAT him nicely, he says u are IN LOVE with him;
If u Don't, he says u are PROUD.


If u DRESS Nicely, he says u are trying to LURE him;
If u Don't, he says u are from KAMPUNG.


If u ARGUE with him, he says u are STUBBORN;
If u keep QUIET, he says u have no BRAINS.


If u are SMARTER than him, he'll lose FACE;
If he's Smarter than u, he is GREAT.


If u don't Love him, he tries to POSSESS u;
If u Love him, he will try to LEAVE u.(very true huh?)


If u don't make love with him., he says u don't Love him;
If u do!! he says u are CHEAP.


If u tell him your PROBLEM, he says u are TROUBLESOME;
If u don't, he says that u don't TRUST him.


If u SCOLD him, u are like a NANNY to him;
If he SCOLDS u, it is because he CARES for u.


If u BREAK your PROMISE, u Cannot be TRUSTED;
If he BREAKS his, he is FORCED to do so.


If u SMOKE, u are BAD girl;
If he SMOKES, he is GENTLEMENT.


If u do WELL in your exams, he says it's LUCK;
If he does WELL, it's BRAINS.


If u HURT him, u are CRUEL;
If he HURTS u, u are too SENSITIVE!!
sooo hard to please!!!!!
Love You Lyric Icon Pictures, Images and Photos

Monday

KENAPA TAK ROGOL DIA??

ni Crta dpt dr blog YB(Epik Kehidupan),mgkin agak sesuai utk dikongsikan cerita ni..cerita ni adalah cerita yg benar2 berlaku di Amerika Syarikat..

Kisah benar ini berlaku di US.
Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???
Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….
semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam…….

Korang yg bergelar wanita...amalkanlah..
moga lelaki bermata buaya emas tak ganggu kalian...

Love Images

Sunday

Doa Buat Mu..





My Only one...He Said thats Im The only one in heart..im the only one he love..im the only one he need..n im the only one he miss owes...He Owes Talking thats im then only one he will marry...Im sure He love me so Much...N sure dear..I love u more3....



Dear...

 "Ya Allah....
Seandainya telah engkau catatkan...........
Dia milikku tercipta buatku...............
Satukanlah hatinya dengan hatiku...........
Titipkanlah kebahagian antara kami...........
Agar kemesraan itu abadi...........

Dan ya Allah ya tuhanku yang maha mengasihi.......
Seiringkanlah kami melayari hidup ini .........
Ketepian yang sejahtera dan abadi........

Tetapi ya Allah..........
Seandainya telah engkau takdirkan.............
Dia bukan milikku..............
Bawalah ia jauh dari pandangan ku..........
Luputkanlah ia dari ingatanku.........
Dan peliharalah aku dari kekecewaan............

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti........
Berikanlah aku kekuatan...........
Melontar bayangannya jauh ke dada langit...........
Hilang bersama senja nan merah............
Agarku bisa bahagia..............
Walaupun tanpa bersama dengannya............

Dan ya Allah yang tercinta...........
Gantikanlah yang telah hilang..........
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah.........
Walaupun tidak sama dengan dirinya..........

Ya Allah ya tuhanku............
Pasrahkan lah aku dengan takdirmu.............
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan.......
Adalah yang terbaik buatku.............
Kerana engkau maha mengetahui...........
Segala yang terbaik buat hamba Mu ini..........

Ya Allah..............
Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku.......
Di dunia dan di akhirat..........
Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini......
Jangan engkau biarkan aku sendirian.........
Di dunia ini mahupun di akhirat.........
Supaya aku dan dia sama2 dapat membina kesejahteraan hidup..........
Ke jalan yang Engkau redhai.....
AMIN...Ya Rabbal A'lamin. ."


note princess sunshine..~~Dear..miss u owes...Love u so much Arafa...

Friday

MY STYLE CONTEST


Plih jak ah pic ni..tak tau nak plih yg mana g..
memandang kan tem ni aq dpt Best Dress Lantak ah amik pic..This Is my Style..
for me Style Is Practical...
Style tuh jua watak siapakah dia n siapakah saya...Lar...This is My style...

Bagi saya gaya hanya bahagian luar kandungan,dan kandungan tuh dalam gaya..hu..Seperti bahagian2 luar dan bahagian dalam tubuh manusia...Bila kuar ke mana saja.Style tak bleh d Pisahkan..Buruk or Cantik tuh pn style gak kan..=) 
Pa pn This is My sTyle..Sy ska Pkai Shawl..
Even my dear kata..u use tdung besa g cun..huhu..
n then sy suka style kan rambut wlupun jalan Wajib use tdung..
Ok..thats All...

Jom ah join contest ni...Amik Banner.. N post link korang tuh kat blog aYun Ayunar k... 


~Syarat2 Contest~
 Sila klik Kat  SINI


CONTEST BLOG SAYA KEMAS DAN GREEN..



NI SYARAT2 YG IKHA BAGI...
* Mesti wajib follow blog ikha , kalau korang cakap da follow tapi kalau ikha tgk dekat senarai follower ikha tk de nama korang , serta merta ikha buang nama korang..

* Ambil banner contest ini oke ?

* Tag 4 orang bloggers . Pastikan bloggers tu tahu yang korang tag dorg..

* Blog mestilah kemas..

* Oke , jika blog korang bertemakan warna biru , pink , purple , hijau atau apa2 warna tema , korang just buat nama contest tu jadi : Blog Saya Kemas Dan (Pinky , Hijau , Purple , atau tema blog korang lah..)Paham?? Paham?? Paham?? Kalau tak paham tanya kat shoutbox oke..

* Buat entry pasal contest ni..

* Mesti lahh tinggalkan link entry contest korang itu..WAAJIIBBB!!!!!!(kat shoutbox ataupun dekat komen oke??!)

* Ikha akan batalkan contest ini serta merta kalau peserta hanya ada kurang daripada 10 orang..Sebab itu ikha suruh korng tag orang..

* Tarikh tutup nya ialah pada 1.3.2011 . *kalau ada perubahan ikha akan beritahu..*..

Saya tag Pada mereka yg bkenan..
Green Apple
Yong Aina
Frazana Farzanto
Ayu Rashidah

Note Princess:Love Images

Apa erti Valentine...

WOH..cakap pasal valentine..mesti sepasnag kekasih tak sbar2 tgu hari tuh kan..apa pn lets u all know...apa kah erti valentine ni..huhu...




NABI Muhammad s.a.w. merupakan Rasulullah yang bertanggungjawab menyebar Islam kepada umatnya setelah melalui pelbagai keperitan dan kejerihan. Paderi St. Valentino pula merupakan seorang paderi utama yang hidup pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dan merupakan antara orang terpenting yang menjatuhkan dan menzalimi umat Islam Cordova, Sepanyol pada zaman lampau. 


Rasulullah lahir pada 12 Rabiulawal manakala tarikh kejayaan St. Valentino dan konco-konconya menawan Cordova daripada umat Islam ialah pada 14 Februari. Tetapi apa yang peliknya terutama di kalangan umat Islam sendiri, tarikh 14 Februari lebih senang untuk diingati berbanding 12 Rabiul Awal itu sendiri. 
Setiap tahun 14 Februari diingati sebagai Hari Kekasih yang di kalangan sesetengah umat Islam amat rugi jika dilupakan. Hari ini ia sekali disambut lagi dengan pelbagai acara yang dianggap oleh pasangan kekasih paling istimewa. Ada yang saling bertukar-tukar bunga ros, mengadakan acara makan malam dengan disinari cahaya lilin, bertukar-tukar perasaan di taman-taman bunga dan sebagainya. Ada pula yang berpendapat, Hari Mengingati Kekasih juga adalah untuk mengingati orang lain yang dikasihi selain kekasih seperti ibu bapa dan sebagainya. 


Misalnya, di Sarawak tahun lalu, media-media tempatannya juga tidak terkecuali. Tanpa mengira sama ada sidang pengarangnya terdiri daripada umat Islam atau tidak, ada media yang mengucapkan Selamat Hari Valentine, menganjurkan Pertandingan Hari Valentine malah ada juga media Melayu tempatan yang menganggap Hari Valentine sebagai legenda pada tajuk salah satu rencananya. Malah ada juga media elektronik yang mewujudkan satu program hiburan sempena Hari Valentine. 


Siapakah sebenarnya orang yang bernama Valentine ini sehingga diangkat begitu agung sekali dan di kalangan umat Islam sendiri popularitinya melebihi Rasulullah. 
Pensyarah Perbandingan Agama, Akademi Islam, Universiti Malaya, Khadijah Mohd. Hambali berkata, Valentine atau nama sebenarnya St. Valentino merupakan seorang paderi paling berpengaruh di zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol. Kedudukannya dikatakan di tempat kedua selepas Pope. Kaitannya dengan Hari Valentine yang disambut oleh masyarakat dunia hari ini termasuk di kalangan umat Islam sendiri mempunyai dua versi. 


Versi pertama ialah dia merupakan orang terpenting Ratu Isabella yang berperanan menumpaskan kerajaan Islam Cordova, Sepanyol. Jasanya itu dianggap oleh Ratu Isabella sebagai amat bermakna sehingga Valentino dianggap kekasih rakyatnya sendiri. Justeru itu 14 Februari ditetapkan sebagai cuti umum di samping hari untuk merayakan kemenangan tersebut setiap tahun sekaligus mengenangnya sebagai mengingati St. Valentino sebagai rakyat Cordova. Sehingga ke hari ini, peristiwa kemenangan St. Valentino tersebut terus diingati dan rakyat Cordova mengingatinya semula dengan melakon semula kejayaan tentera Ratu Cordova Isabella itu. 

Menurut versi kedua pula, St. Valentino sebelum kejayaan itu dikatakan mempunyai dua orang kekasih. Kekasih pertama dikatakan beragama Islam manakala yang kedua beragama Kristian berfahaman Protestan. Oleh kerana lain agama, St. Valentino terpaksa melupakan kekasih pertama dan menumpukan perhatian kepada kekasih kedua. Apabila ditanya Ratu Isabella apakah bentuk ganjaran yang boleh dikurniakan berikutan kejayaannya mengalahkan umat Islam, St. Valentino terus menyatakan yang dia ingin berkahwin dengan kekasih keduanya itu. Ini terus menimbulkan kegemparan di kalangan rakyat Cordova sendiri kerana Valentino merupakan paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan sementelahan lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Ratu Isabella pula dikatakan murka dengan hasrat St. Valentino lantas memenjara sementara paderinya itu. Begitupun, baginda tetap mahu cuba mengingati jasa paderinya itu dengan menetapkan 14 Februari sebagai Hari Mengingati Kekasih yang diuntukkan khas untuk St. Valentino sendiri. 


Berdasarkan kedua-dua versi itu, apakah asas yang kukuh sehingga umat Islam sendiri menganggap Hari Valentine itu begitu istimewa.. Atau pun, mereka hanya mengikut budaya Barat secara membuta tuli sedangkan tidak mengetahui siapakah sebenarnya St. Valentino itu. Jika pun ingin mengingati kekasih atau orang-orang yang disayangi yang lain, tidak semestinya ia disambut pada setiap 14 Februari. Sambutan boleh juga dijalankan pada setiap kali tibanya hari kelahiran orang-orang yang disayangi melalui acara-acara yang lebih diredai seperti berkenduri doa selamat atau sebagainya. Bukankah Rasulullah sepatutnya lebih diingati setiap tahun kerana bagindalah manusia yang paling mencintai umatnya

NOTE PRINCESS SUNSHINE: Tak velentine pn sy sntiasa mgingati c dia..love u Sayang...


Wednesday

Update2...jerawat???OH TIDAK....

JERAWAT? OH...TIDAK!
APA ITU JERAWAT DAN APA YANG ANDA BOLEH LAKUKAN TERHADAPNYA?

Sekiranya anda seorang remaja, kemungkinan untuk mendapat jerawat amatlah besar. Hampir 8 daripada 10 orang remaja mempunyai jerawat. Jerawat adalah perkara biasa dan ia dianggap sebagai sebahagian daripada tanda baligh.
Apakah itu jerawat dan apakah puncanya?
Jerawat ialah beberapa jenis benggolan atau benjolan di kulit. Jerawat selalunya terdapat di muka, leher, bahu, belakang badan dan dada kebanyakan remaja. Folikel-folikel rambut atau liang-liang roma di dalam kulit anda mengandungi kelenjar-kelenjar sebum (juga dikenali sebagai kelenjar minyak) yang menghasilkan sebum iaitu minyak yang melicinkan rambut dan kulit. Dalam keadaan biasa kelenjar-kelenjar ini menghasilkan jumlah sebum yang betul dan liang-liang roma akan berkeadaan baik. Jerawat terjadi apabila liang-liang roma tersumbat dengan sebum yang terhasil dengan banyak dan juga sel-sel kulit yang mati.
Mengapa ramai remaja mendapat jerawat?
Remaja mendapat jerawat disebabkan hormon yang hadir ketika baligh. Semasa badan anda membesar dan bertambah matang, hormon-hormon ini merangsang kelenjar-kelenjar sebum untuk menghasilkan lebih banyak sebum, atau minyak. Rangsangan ini membuatkan kelenjar-kelenjar tersebut menjadi terlalu aktif. Apabila terlalu banyak sebum dihasilkan, liang-liang roma akan tersumbat, maka terjadilah jerawat. Kebanyakan orang, jerawat akan hilang hampir kesemuanya apabila tamat zaman remajanya. Sekiranya ibubapa anda mempunyai jerawat semasa remaja, kemungkinan anda juga akan mendapatnya.
Apa yang tidak menyebabkan jerawat?
Banyak benda yang tidak menyebabkan jerawat, tetapi ramai orang mempunyai idea yang salah mengenainya. Punca sebenar jerawat ialah kelenjar-kelenjar minyak di dalam kulit yang terlalu aktif - itu sahaja. Jerawat bukanlah disebabkan oleh makanan yang berminyak seperti kentang goreng, coklat atau minuman soda. Tidak semestinya disebabkan oleh pemakaian alat solek, terutamanya jika alat solek itu berlabel "bebas minyak", "noncomedogenic" atau "nonacnegenic". Tekanan perasaan biasanya tidak menyebabkan jerawat kepada remaja (tetapi ia boleh berlaku kepada orang dewasa).
Apa perlu saya buat?
Untuk menghalang terbinanya minyak yang menyebabkan jerawat:
   ~Cuci muka anda dua kali sehari dengan sabun dan air suam. Jangan sental muka dengan tuala muka - jerawat tidak boleh disental untuk menghilangkannya, dan menyental sebenarnya boleh membuat kulit bertambah teruk.
 
 ~Sekiranya anda memakai alat solek, pastikan ia berlabel "bebas minyak," "noncomedogenic" atau "nonacnegenic". Apabila anda mencuci muka anda, pastikan anda menghilangkan semua kesan alat solek anda.
  
~Sekiranya anda menggunakan semburan rambut atau gel, cuba elakkan daripada terkena muka anda sebab ia juga boleh menyumbat liang-liang roma.
  
~Sekiranya rambut anda yang panjang menyentuh muka, pastikan anda mencucinya sekerap mungkin untuk menjauhkan minyak.

~Sekiranya anda bekerja sambilan yang bersentuhan dengan minyak - seperti restoran makanan segera atau stesen minyak - pastikan anda mencuci muka anda bersih-bersih apabila sampai di rumah.

~Juga cuci muka anda selepas anda bersenam yang mengeluarkan peluh dengan banyak.
Terdapat banyak losyen dan krim di kedai-kedai farmasi untuk menghindarkan jerawat dan menghilangkannya sekaligus. Pastikan anda mengikut arahan dengan betul - jangan gunakan lebih daripada yang sepatutnya pada satu masa (kulit anda akan menjadi terlalu kering dan bertambah teruk), dan ikut arahan untuk memastikan anda tidak alah terhadapnya.


Bagaimana kalau saya masih mendapat jerawat juga?
Kadang-kala walaupun dengan mencuci muka, menggunakan krim-krim dan alat solek bebas minyak, remaja masih mendapat jerawat juga - ini masih merupakan perkara biasa. Malahan, sesetengah remaja perempuan yang biasanya boleh mengawal jerawat, akan mendapat jerawat beberapa hari sebelum mereka datang haid. Ini dipanggil jerawat pra-haid yang disebabkan oleh pertukaran hormon dalam badan dan lebih kurang 7 daripada 10 wanita mengalaminya.

Sekiranya anda melihat muka anda di cermin dan ternampak jerawat, jangan sentuh, picit atau kutil jerawat itu. Ini mungkin susah untuk dilakukan. Tetapi apabila anda mengusik-ngusik jerawat anda, anda boleh membuatnya bertambah teruk. Ditambah lagi dengan minyak daripada tangan anda. Mengutil jerawat boleh meninggalkan parut-parut kecil yang kekal di muka anda!

Remaja yang mengalami jerawat yang teruk boleh mendapatkan bantuan daripada doktor atau ahli dermatologi (pakar kulit), yang boleh merawatnya dengan ubat. Ini bermakna menggunakan krim yang lebih kuat daripada krim yang dibeli di kedai, bergantung pada jerawat seseorang itu, atau mengambil antibiotik bagi membunuh bakteria yang membantu menghasilkan jerawat. Kadang-kala dalam sesetengah kes, pembedahan kecil boleh dilakukan.

Apa yang penting di sini ialah bukan anda seorang sahaja yang mempunyai jerawat. Lihat rakan-rakan di sekeliling anda, anda akan dapati ramai di kalangan remaja yang mempunyai jerawat!

Ingatlah anda tidak akan mempunyai jerawat untuk selama-lamanya, dalam masa beberapa tahun lagi ia akan hilang!

Shout Here..

There was an error in this gadget

Daisypath Anniversary My Blog

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers