pertama sekali sy nak cakap...I'AM NOT PERFECT! nobody does either...biasalah, manusia. kadang gedik...kadang emo...kadang sengal...kadang poyo...kadang pandai...kadang bodo...kadang cantik...kadang hodo...but that's just us...HUMAN.
disebabkan sy adalah kaum hawa aka perempuan aka wanita, sy rasa macam nak share sesuatu yang bermanfaat untuk bacaan umum tentang kaum sejenis sy ni. bab lemah semangat sampai selalu histeria, kuat merajuk nangis even kena sakat sikit, emo lebih sebab fikir bukan-bukan dan sewaktu dengannya tu tak payah story la kot. semua dah sedia maklum perempuan memang macam tu. ahh...girls...
perempuan ni unik sebenarnya. mereka mempunyai suara hati aka instinct yang sangat luar biasa. sy sure banyak jantung perempuan akan berdegup laju semacam bila someone they love terlibat dalam kemalangan atau sakit ke apa walaupun berita belum sampai. lebih-lebih lagi kaum ibu dan isteri. mesti akan ada rasa tak sedap hati atau tak kena kat mana-mana. biasanya bila pinggan mangkuk gelas cawan slipped thru their hand atau time menjahit jari accidentally tertusuk jarum mesti akan tepon laki dengan anak-anak right away tanya sihat ke tak even tarapapa pon yang berlaku...sape pernah alami angkat tangan!!!
sila jangan abaikan perasaan seorang perempuan. memang tak dinafikan, sometimes benda-benda pecah pinggan tu semua tak boleh nak percaya sangat...tapi kena percaya yang waktu itu seorang mak, seorang isteri, seorang teman atau senang ceritanya seorang perempuan sedang merindui kamu seikhlasnya dari ruang hati yang paling dalam.
rimas kan kalau asyik kena tanya benda sama je selalu? asal terpecah pinggan...call. asal tertusuk jarum...call. asal tak sedap hati...call. boring tahap baboon tua dah kot. memang rimas...kadang rasa nak marah pun ada...anak-anak mula la naik suara..."apa mak niii...asal pecah pinggan tepon. asal pecah cawan tepon...pening la makkkk..." laki-laki mula naik bengang..."kenapa awak niii...jari luka masuk jarum tepek la plaster...nak tepon saya tanya macam-macam ni buat ape...?" bf-bf mula la meradang..."kalau kau call saja nak tanya benda pelik-pelik camni baik tak payah. buat sakit hati je la...rimas aku..." adehhh...hati sy pulak yang pedih tetiba.
mak...kak...geng...
biar je diorang nak cakap apa. yang penting lepas dengar suara dan tahu diorang masih hidup dah cukup buat kita lega...senyum. diorang tak tahu yang kita rindu sampai benda kecik camtu pun kita boleh buat modal nak call tanya kabar. diorang tak faham sayang kita pada diorang sangatlah luar biasa sampai semua tengking benci diorang kita telan sampai hadam. diorang tak tahu kita perlukan diorang sangat-sangat walaupun kata-kata yang keluar dari mulut tu pedih, makan dalam...biarlah...biar...yang penting kita ikhlas...dan kita tahu apa yang kita rasa.
terus terang...sy pun mengalami simptom seperti perempuan-perempuan di atas. sy sedar betapa annoyingnya sy bila asyik bertanya benda yang sama...selalu terfikir yang bukan-bukan...seriously, sy tak mintak pun semua tu datang menyerang otak dan hati sy. sy tak pernah invite or accept instinct yang menjengkelkan tu untuk jadi friend list sy. semua tu memang dah ada kat dalam ni...rasa tak sedap hati...rasa terkurang kasih sayang...rasa nak dihargai...rasa takut kehilangan. berdosa ke tu?
maaf...termelalut. tapi sungguh...perempuan ada reason for every annoying behaviour yang ditunjukkan...they just want to show that they care tapi dalam cara yang agak weird and freaky sometimes. kadang-kadang perempuan akan jadi annoying sebab terasa ada sesuatu pada kamu yang dah berubah dan tak salah kot bertanya untuk tahu kenapa. if there's nothing wrong, fine then. don't have to marah-marah or tak senang hati. but if there is something, then why is it so hard to tell?
takut perempuan bising? risau perempuan melatah tak tentu arah? tak mahu dengar tangisan perempuan yang annoying gila? well...it is better than killing them softly but cruel. better to tell the truth than hurt them with a lie. kalau perempuan merajuk, pujuk la...kalau dia ngada2, layan je la...kalau dia annoying, tahan la sikit. tak mati kot. itu hanyalah kesan curiosity dan hesitancy seorang perempuan. acah-acah sikit diam la dia tu. memanglah tak boleh dilayan sangat perangai perempuan ni...tapi janganlah diabaikan pulak. cuba bayangkan bila perempuan dah tak kisah. dah malas nak tanya itu ini. dah tak teringin nak ambik tahu...well, don't miss those noises since you're the one who asked them to shut up.
perempuan adalah makhluk yang paling mudah untuk diceriakan. you wont need a day to make them happy...just say one nice word and their smiles is yours all day...
"...becoz for once...we want someone to be afraid of losing us the way we do..."
No comments:
Post a Comment