RAHSIA??PERLU KA PASANGAN TAHU SEMUANYA??
Setiap pasangan mempunyai cerita yang tersendiri. Ada yang kalau boleh, mahu je menceritakan segala apa yang berlaku kepada pasangannya. Kalau tidak pun, menceritakan apa yang dia makan, apa yang dia rasa, apa perasaan dia pada ketika itu dan macam-macam lagi. Tetapi, tidak semua yang perlu kita beritahu bukan?
Memang tidak salah untuk berahsia tetapi janganlah sampai menipu. Sekiranya anda melakukan sesuatu yang tidak disukai oleh pasangan anda, memang la kita patut tidak menceritakan kepadanya. Ini bagi mengelak hubungan kita menjadi masalah. Tetapi sekiranya dia dapat tahu dan kita menipunya, tidakkah keadaan akan menjadi lebih teruk?
Kita juga janganlah terlalu jujur sehingga semua benda ingin diceritakan kepada pasangan kita apabila ditanya. Saya tahu anda pernah tanya kepada pasangan anda, apa lauk yang mereka makan pada tengahari tadi atau pun malam tadi. Owh…ianya amat biasa bagi setiap pasangan untuk tanya soalan-soalan sebegini. Dan ada juga pasangan yang tanya soalan yang bukan-bukan. Merepek-merepek sahaja soalannya..
Tetapi, anda harus tahu memang ada perkara yang perlu kita rahsiakan. Di antaranya, sekiranya perkara itu merupakan rahsia yang kita telah janjikan dengan seseorang, tidak elok untuk kita ceritakan kepada pasangan kita. Kerana ia digolong dalam golongan orang yang tidak amanah. Selain daripada itu, ada juga rahsia yang berkaitan dengan pekerjaan. Takkan anda bekerja sebagai ejen rahsia kerajaan dan menceritakan misi-misi sulit kepada pasangan anda? Tidak baik bukan?
Jadi, semuanya terpulang kepada anda. Apa yang saya ingin tekankan di sini adalah, anda boleh berahsia tetapi jangan menipu. Binalah hubungan yang jujur dan ikhlas. Ok?
No comments:
Post a Comment