nah..ziarah2...kc tinggal lar website kat cne...

Followers

Trip..

Sweet Couple Slideshow: Fydah’s trip from Kampung Baginda (near Kota Klias, Sabah, Malaysia) to 2 cities Kedah and Tambunan (near Ranau) was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Friday

CONTEST BLOG SAYA KEMAS DAN GREEN..



NI SYARAT2 YG IKHA BAGI...
* Mesti wajib follow blog ikha , kalau korang cakap da follow tapi kalau ikha tgk dekat senarai follower ikha tk de nama korang , serta merta ikha buang nama korang..

* Ambil banner contest ini oke ?

* Tag 4 orang bloggers . Pastikan bloggers tu tahu yang korang tag dorg..

* Blog mestilah kemas..

* Oke , jika blog korang bertemakan warna biru , pink , purple , hijau atau apa2 warna tema , korang just buat nama contest tu jadi : Blog Saya Kemas Dan (Pinky , Hijau , Purple , atau tema blog korang lah..)Paham?? Paham?? Paham?? Kalau tak paham tanya kat shoutbox oke..

* Buat entry pasal contest ni..

* Mesti lahh tinggalkan link entry contest korang itu..WAAJIIBBB!!!!!!(kat shoutbox ataupun dekat komen oke??!)

* Ikha akan batalkan contest ini serta merta kalau peserta hanya ada kurang daripada 10 orang..Sebab itu ikha suruh korng tag orang..

* Tarikh tutup nya ialah pada 1.3.2011 . *kalau ada perubahan ikha akan beritahu..*..

Saya tag Pada mereka yg bkenan..
Green Apple
Yong Aina
Frazana Farzanto
Ayu Rashidah

Note Princess:Love Images

Apa erti Valentine...

WOH..cakap pasal valentine..mesti sepasnag kekasih tak sbar2 tgu hari tuh kan..apa pn lets u all know...apa kah erti valentine ni..huhu...




NABI Muhammad s.a.w. merupakan Rasulullah yang bertanggungjawab menyebar Islam kepada umatnya setelah melalui pelbagai keperitan dan kejerihan. Paderi St. Valentino pula merupakan seorang paderi utama yang hidup pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dan merupakan antara orang terpenting yang menjatuhkan dan menzalimi umat Islam Cordova, Sepanyol pada zaman lampau. 


Rasulullah lahir pada 12 Rabiulawal manakala tarikh kejayaan St. Valentino dan konco-konconya menawan Cordova daripada umat Islam ialah pada 14 Februari. Tetapi apa yang peliknya terutama di kalangan umat Islam sendiri, tarikh 14 Februari lebih senang untuk diingati berbanding 12 Rabiul Awal itu sendiri. 
Setiap tahun 14 Februari diingati sebagai Hari Kekasih yang di kalangan sesetengah umat Islam amat rugi jika dilupakan. Hari ini ia sekali disambut lagi dengan pelbagai acara yang dianggap oleh pasangan kekasih paling istimewa. Ada yang saling bertukar-tukar bunga ros, mengadakan acara makan malam dengan disinari cahaya lilin, bertukar-tukar perasaan di taman-taman bunga dan sebagainya. Ada pula yang berpendapat, Hari Mengingati Kekasih juga adalah untuk mengingati orang lain yang dikasihi selain kekasih seperti ibu bapa dan sebagainya. 


Misalnya, di Sarawak tahun lalu, media-media tempatannya juga tidak terkecuali. Tanpa mengira sama ada sidang pengarangnya terdiri daripada umat Islam atau tidak, ada media yang mengucapkan Selamat Hari Valentine, menganjurkan Pertandingan Hari Valentine malah ada juga media Melayu tempatan yang menganggap Hari Valentine sebagai legenda pada tajuk salah satu rencananya. Malah ada juga media elektronik yang mewujudkan satu program hiburan sempena Hari Valentine. 


Siapakah sebenarnya orang yang bernama Valentine ini sehingga diangkat begitu agung sekali dan di kalangan umat Islam sendiri popularitinya melebihi Rasulullah. 
Pensyarah Perbandingan Agama, Akademi Islam, Universiti Malaya, Khadijah Mohd. Hambali berkata, Valentine atau nama sebenarnya St. Valentino merupakan seorang paderi paling berpengaruh di zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol. Kedudukannya dikatakan di tempat kedua selepas Pope. Kaitannya dengan Hari Valentine yang disambut oleh masyarakat dunia hari ini termasuk di kalangan umat Islam sendiri mempunyai dua versi. 


Versi pertama ialah dia merupakan orang terpenting Ratu Isabella yang berperanan menumpaskan kerajaan Islam Cordova, Sepanyol. Jasanya itu dianggap oleh Ratu Isabella sebagai amat bermakna sehingga Valentino dianggap kekasih rakyatnya sendiri. Justeru itu 14 Februari ditetapkan sebagai cuti umum di samping hari untuk merayakan kemenangan tersebut setiap tahun sekaligus mengenangnya sebagai mengingati St. Valentino sebagai rakyat Cordova. Sehingga ke hari ini, peristiwa kemenangan St. Valentino tersebut terus diingati dan rakyat Cordova mengingatinya semula dengan melakon semula kejayaan tentera Ratu Cordova Isabella itu. 

Menurut versi kedua pula, St. Valentino sebelum kejayaan itu dikatakan mempunyai dua orang kekasih. Kekasih pertama dikatakan beragama Islam manakala yang kedua beragama Kristian berfahaman Protestan. Oleh kerana lain agama, St. Valentino terpaksa melupakan kekasih pertama dan menumpukan perhatian kepada kekasih kedua. Apabila ditanya Ratu Isabella apakah bentuk ganjaran yang boleh dikurniakan berikutan kejayaannya mengalahkan umat Islam, St. Valentino terus menyatakan yang dia ingin berkahwin dengan kekasih keduanya itu. Ini terus menimbulkan kegemparan di kalangan rakyat Cordova sendiri kerana Valentino merupakan paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan sementelahan lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Ratu Isabella pula dikatakan murka dengan hasrat St. Valentino lantas memenjara sementara paderinya itu. Begitupun, baginda tetap mahu cuba mengingati jasa paderinya itu dengan menetapkan 14 Februari sebagai Hari Mengingati Kekasih yang diuntukkan khas untuk St. Valentino sendiri. 


Berdasarkan kedua-dua versi itu, apakah asas yang kukuh sehingga umat Islam sendiri menganggap Hari Valentine itu begitu istimewa.. Atau pun, mereka hanya mengikut budaya Barat secara membuta tuli sedangkan tidak mengetahui siapakah sebenarnya St. Valentino itu. Jika pun ingin mengingati kekasih atau orang-orang yang disayangi yang lain, tidak semestinya ia disambut pada setiap 14 Februari. Sambutan boleh juga dijalankan pada setiap kali tibanya hari kelahiran orang-orang yang disayangi melalui acara-acara yang lebih diredai seperti berkenduri doa selamat atau sebagainya. Bukankah Rasulullah sepatutnya lebih diingati setiap tahun kerana bagindalah manusia yang paling mencintai umatnya

NOTE PRINCESS SUNSHINE: Tak velentine pn sy sntiasa mgingati c dia..love u Sayang...


Wednesday

Update2...jerawat???OH TIDAK....

JERAWAT? OH...TIDAK!
APA ITU JERAWAT DAN APA YANG ANDA BOLEH LAKUKAN TERHADAPNYA?

Sekiranya anda seorang remaja, kemungkinan untuk mendapat jerawat amatlah besar. Hampir 8 daripada 10 orang remaja mempunyai jerawat. Jerawat adalah perkara biasa dan ia dianggap sebagai sebahagian daripada tanda baligh.
Apakah itu jerawat dan apakah puncanya?
Jerawat ialah beberapa jenis benggolan atau benjolan di kulit. Jerawat selalunya terdapat di muka, leher, bahu, belakang badan dan dada kebanyakan remaja. Folikel-folikel rambut atau liang-liang roma di dalam kulit anda mengandungi kelenjar-kelenjar sebum (juga dikenali sebagai kelenjar minyak) yang menghasilkan sebum iaitu minyak yang melicinkan rambut dan kulit. Dalam keadaan biasa kelenjar-kelenjar ini menghasilkan jumlah sebum yang betul dan liang-liang roma akan berkeadaan baik. Jerawat terjadi apabila liang-liang roma tersumbat dengan sebum yang terhasil dengan banyak dan juga sel-sel kulit yang mati.
Mengapa ramai remaja mendapat jerawat?
Remaja mendapat jerawat disebabkan hormon yang hadir ketika baligh. Semasa badan anda membesar dan bertambah matang, hormon-hormon ini merangsang kelenjar-kelenjar sebum untuk menghasilkan lebih banyak sebum, atau minyak. Rangsangan ini membuatkan kelenjar-kelenjar tersebut menjadi terlalu aktif. Apabila terlalu banyak sebum dihasilkan, liang-liang roma akan tersumbat, maka terjadilah jerawat. Kebanyakan orang, jerawat akan hilang hampir kesemuanya apabila tamat zaman remajanya. Sekiranya ibubapa anda mempunyai jerawat semasa remaja, kemungkinan anda juga akan mendapatnya.
Apa yang tidak menyebabkan jerawat?
Banyak benda yang tidak menyebabkan jerawat, tetapi ramai orang mempunyai idea yang salah mengenainya. Punca sebenar jerawat ialah kelenjar-kelenjar minyak di dalam kulit yang terlalu aktif - itu sahaja. Jerawat bukanlah disebabkan oleh makanan yang berminyak seperti kentang goreng, coklat atau minuman soda. Tidak semestinya disebabkan oleh pemakaian alat solek, terutamanya jika alat solek itu berlabel "bebas minyak", "noncomedogenic" atau "nonacnegenic". Tekanan perasaan biasanya tidak menyebabkan jerawat kepada remaja (tetapi ia boleh berlaku kepada orang dewasa).
Apa perlu saya buat?
Untuk menghalang terbinanya minyak yang menyebabkan jerawat:
   ~Cuci muka anda dua kali sehari dengan sabun dan air suam. Jangan sental muka dengan tuala muka - jerawat tidak boleh disental untuk menghilangkannya, dan menyental sebenarnya boleh membuat kulit bertambah teruk.
 
 ~Sekiranya anda memakai alat solek, pastikan ia berlabel "bebas minyak," "noncomedogenic" atau "nonacnegenic". Apabila anda mencuci muka anda, pastikan anda menghilangkan semua kesan alat solek anda.
  
~Sekiranya anda menggunakan semburan rambut atau gel, cuba elakkan daripada terkena muka anda sebab ia juga boleh menyumbat liang-liang roma.
  
~Sekiranya rambut anda yang panjang menyentuh muka, pastikan anda mencucinya sekerap mungkin untuk menjauhkan minyak.

~Sekiranya anda bekerja sambilan yang bersentuhan dengan minyak - seperti restoran makanan segera atau stesen minyak - pastikan anda mencuci muka anda bersih-bersih apabila sampai di rumah.

~Juga cuci muka anda selepas anda bersenam yang mengeluarkan peluh dengan banyak.
Terdapat banyak losyen dan krim di kedai-kedai farmasi untuk menghindarkan jerawat dan menghilangkannya sekaligus. Pastikan anda mengikut arahan dengan betul - jangan gunakan lebih daripada yang sepatutnya pada satu masa (kulit anda akan menjadi terlalu kering dan bertambah teruk), dan ikut arahan untuk memastikan anda tidak alah terhadapnya.


Bagaimana kalau saya masih mendapat jerawat juga?
Kadang-kala walaupun dengan mencuci muka, menggunakan krim-krim dan alat solek bebas minyak, remaja masih mendapat jerawat juga - ini masih merupakan perkara biasa. Malahan, sesetengah remaja perempuan yang biasanya boleh mengawal jerawat, akan mendapat jerawat beberapa hari sebelum mereka datang haid. Ini dipanggil jerawat pra-haid yang disebabkan oleh pertukaran hormon dalam badan dan lebih kurang 7 daripada 10 wanita mengalaminya.

Sekiranya anda melihat muka anda di cermin dan ternampak jerawat, jangan sentuh, picit atau kutil jerawat itu. Ini mungkin susah untuk dilakukan. Tetapi apabila anda mengusik-ngusik jerawat anda, anda boleh membuatnya bertambah teruk. Ditambah lagi dengan minyak daripada tangan anda. Mengutil jerawat boleh meninggalkan parut-parut kecil yang kekal di muka anda!

Remaja yang mengalami jerawat yang teruk boleh mendapatkan bantuan daripada doktor atau ahli dermatologi (pakar kulit), yang boleh merawatnya dengan ubat. Ini bermakna menggunakan krim yang lebih kuat daripada krim yang dibeli di kedai, bergantung pada jerawat seseorang itu, atau mengambil antibiotik bagi membunuh bakteria yang membantu menghasilkan jerawat. Kadang-kala dalam sesetengah kes, pembedahan kecil boleh dilakukan.

Apa yang penting di sini ialah bukan anda seorang sahaja yang mempunyai jerawat. Lihat rakan-rakan di sekeliling anda, anda akan dapati ramai di kalangan remaja yang mempunyai jerawat!

Ingatlah anda tidak akan mempunyai jerawat untuk selama-lamanya, dalam masa beberapa tahun lagi ia akan hilang!

Shout Here..

Daisypath Anniversary My Blog

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers